Thursday, April 17, 2008

Adat Warisan

UNDANG-UNDANG ADAT ISTIADAT
SUKU KAUM TOBILUNG
SABAH
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disediakan Oleh,
KAN Sagindek @ Esmail Kulindod
Kota Belud Sabah


Isi Kandungan
1. Kata Penggantar ( Pengerusi Penyusunan Buku )
2. Kata Alu-aluan Pengerusi Biro Adat Istiadat TOBISA
3. Perutusan Presiden TOBISA
4. Pengertian Hukum Adat
5. Peranan Dan Prinsip Hukum Adat
6. Istilah Dan Tafsiran
7. Serangan, Hentaman Dan Kelakuan Mengancam
8. Kesalahan Seksual
9. Perkahwinan, Pertunangan Dan Pikatan
10. Tanah Perkuburan Dan Kematian
11. Perangai Buruk Melampau, Kelucahan Dan Khianat
12. Kelahiran Dan Pantang Larang
13. Peruntukan Am
14. Jadual 1 ( Kaedah 9 (3) )
15. Jadual 11 ( Kaedah 12 (2) )
16. Pelanggaran Adat Dalam Perkahwinan
17. Pelanggaran Adat Dalam Norma-Norma Hidup Manusia
18. Sinopsis Perkahwinan
19. Sinopsis Perceraian
20. Proses Perceraian
21. Pembahagian Harta Apabila Berlaku Perceraian
22. Kedudukan Anak Apabila Bercerai
23. Pengenalan Nama Bulan Dan Pengaruh Bulan Disebaliknya
24. Pantang Larang Dan Adat Perkahwinan
25. Adat Masa Menghantar Sinsing
26. Gambar Perkahwinan Suku Kaum Dusun Tobilung
27. Susunan AJK Penyusunan Undang-Undang Adat Istiadat Suku Kaum Dusun Tobilung
28. Gambar AJK
29. Senarai Harta Benda dan Nilai Minimum Dan Maksimum Mengikut Adat

Pengertian Hukum Adat
Perkara 160 (2)
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat, setakat mana yang ianya dipakai adalah sebahagian dari undang-undang negara. Walau bagaimanapun, sebelum adat diiktiraf oleh undang-undang ianya terlebih dahulu mestilah memenuhi empat (4) syarat seperti berikut:-
a. Adat mestilah sejarah turun menurun, ianya tidak boleh direka oleh masyarakat.

b. Adat mestilah diamati dan disanjung, dihayati serta diikuti oleh masyarakat.

c. Adat mestilah berterusan, tidak putus-putus dari satu keturunan pada suatu suku atau bangsa.

d. Adat mestilah mempunyai kuatkuasa untuk memgenakan hukuman ke atas orang yang melanggar adat.

Peranan Hukum Adat dan Prinsipnya.
Untuk mengatur rukun hidup masyarakat , masyarakat dikawal oleh undang-undang adat. Setiap perlanggaran norma hidup yang berlaku dalam masyarakat akan dijatuhkan hukuman adat yang setimpal dengan perlanggaran. Pada zaman dahulu hukuman yang paling berat ialah hukuman mati. Hukuman lebih ringan, lebih ringan daripada itu ialah dikeluarkan daripada lingkungan masyarakat dan sekitarnya. Hukuman yang lebih ringan dan yang lazimnya ialah membayar denda yang dinamakan ‘sogit’. Denda sogit pula banyak jenis atau mengikut tingkatan dari berbagai punca yang timbul daripada perlanggaran atau kesalahan seseorang.
Prinsip hukum adat umumnya ialah mewujudkan keamanan, ketenteraman setiap anggota masyarakat keseluruhannya. Hukum adat zaman dahulu kala tidak merupakan wang tetapi menggunakan ternakan dan alat-alat keperluan seperti panding, kumanis, sabpa, luping, gong, tinukul, sumbul, parang, bontuk dan sebagainya. Tetapi kerana keadaan peredaran zaman dan keperluan hidup sehari-hari telah berubah terutama sekali alat-alat seperti tersebut di atas amat susah diperolehi maka pembayaran denda atau ganti kerugian bertukar dengan wang di mana bayaran wang telah difikirkan berpatutan dengan nilai harta benda denda tersebut.

UNDANG – UNDANG ADAT SUKU KAUM DUSUN TOBILUNG
SABAH
BAHAGIAN 1 ~ ISTILAH / TAFSIRAN

1.Adat ~ Peraturan / Undang – undang.
2.Sogit ~ Pendingin atau imbangan.
3.Babas ~ Sogit pemberian mengikut adat yang bertujuan untuk
mengekalkan tali persaudaraan.
4.Tonduk ~Suatu benda kayu yang ditajamkan sebelah atas kemudian dipancakkan di atas tanah dekat pokok buah-buahan dan hujungnya menunjuk ke arah pokok buah-buahan menandakan tiada sesiapa berani mengambil atau mencuri buah – buahan tersebut.
5.Pagon ~ Benda berduri diikatpada pokok buah-buahan supaya tidak ada yang mencuri buah-buahannya.
6.Adat Malu ~Suatu pampasan adat berkenaan apa-apa yang menjadikan pihak terkilan kepada kejatuhan berkaitan dengan maruah, keaiban, kehinaan atau hilang kehormatan dihadapan saudara – mara atau masyarakat.
7.Koimanan ~ Suatu kerugian atau ganti rugi yang ditanggung disebabkan kemungkiran janji untuk melaksanakan suatu perbuatan.
8.Kotoliban ~ Pampasan adat yang perlu dibayar oleh adik yang berkahwin sebelum kakaknya.
9.Lapau ~ Adat kepanasan kepada suami atau isteri yang melakukan persetubuhan dengan orang lain iaitu membayar adat lapau sebagai pendingin.
10.Solod ~ Mengahwini isteri orang lain.
11.Monolod ~ Seorang perempuan yang berkahwin seorang lelaki yang adalah suami orang lain.
12.Miakan ~ Persetubuhan haram diantara orang-orang yang belum berkahwin.
13.Momuod ~ Adat berkabong kerana kematian suami atau isteri.
14.Mongindorosi ~ Perbuatan, perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak mengancam dengan kecederaan, kematian atau ketakutan.

15.Mongintinggon ~ Perbuatan , perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak memalukan atau membangkitkan kemarahan.
16.Pitas ~ Adat pemutus tali persaudaraan yang hendak berkahwin.
17.Sumbang ~ Adat kepanasan kerana saudara kadim bersetubuh.
18.Lapau Namatai ~ Adat tertindeh kepada si mati.
19.Mengintulus ~ Kata-kata yang bertujuan supaya seseorang itu mati.
20.Adat Koyomutan ~ Adat pembersih kerana terminum atau mandi di sungai, kolam atau perigi yang dibubuh oleh orang lain apa-apa jenis kekotoran seperti bangkai.
21.Mintoronong ~ Perbuatan khianat.
22.Moniguras ~ Perbuatan mengancam seseorang dengan menggunakan parang, kayu atau sebagainya seperti memotong rumah, pagar, tanaman atau sebagainya.
23.Adat Raat Ginawo ~ Adat pendingin kepada seseorang yang sakit hati kerana perbuatan yang tidak baik.
24.Bontuk ~ Gelang yang diperbuat daripada luyang atau tembaga.
25.Mibusul ~ Perbuatan sumbang sejenis lelaki.
26.Milokop ~ Perbuatan sumbang sejenis perempuan.
27.Keemomolian ~ Suatu perbuatan yang tidak minta izin.
28.Labot ~ Membuat rumah atau menebas ladang yang tidak siap kemudian ditinggalkan sehingga mendatangkan hantu labot.
29.Peeimamang ~ Perbuatan yang berniat menganiaya seseorang.
30.Gumundala ~ Ingkar janji.
31.Momudali ~ Membuat tuduhan atau membuat kenyataan yang direka-reka dan palsu.
32.Solob ~ Patung peliharaan bertujuan menghimpunkan iblis / syaitan untuk kepentingan sendiri,kemudian dijadikan sebagai kawan untuk menyembuhkan penyakit atau sebagainya.

33.Kosugkuan ~ Suatu perkahwinan dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama berkahwin sama-sama kepada dua orang perempuan yang adalah sekeluarga.
34.Wayud ~ Bayaran tambahan kepada orang yang mencuri dan membunuh binatang ternakan.
35.Adat Kababaaan ~ Adat perkahwinan yang ianya menjadi pengimbang.
36.Bangun ~ Adat imbang atas kematian seseorang.
37.Adat Pulanut ~ Adat pemberian sebagai pekeras kepada adat sogit.
38.Adat Sonsol ~ Adat inbangan jika berlaku kematian seseorang kerana perbuatan yang tidak disengajakan.
39.Miginawo ~ Bercinta sebelum ada pertunangan.
40.Adat Pisukud ~ Adat pekaras, adat perinding dan penolak kepanasan akibat membicarakan kedua pasangan lelaki dan perempuan yang sudah berhubungan sulit sebelum tunang dan berkahwin.
41.Karis Kiulu Sawan ~ Keris atau gayang yang berkepala atau berulu gading gajah.
42.Gook ~ Perkataan yang main-main dan boleh menyinggung perasaan orang lain.
43.Adat Purondom ~ Adat satu depa kain hitam untuk orang bobolian.
44.Adat Sompol ~ Adat satu depa kain putih untuk diberi kepada orang luka kerana dicederakan oleh orang.
45.Adat Kelikadan Dilah ~ Adat diberi kepada ketua kampung kerana minta cerai tetapi kembali lagi dengan isterinya tanpa merujuk kepada Ketua Kampung.
46.Loting ~ Adat tanda rumah yang tidak boleh dinaiki oleh orang lain kerana baru selesai upacara mengaji.
47.Keemuat ~ Kata-kata yang menyebut kemaluam lelaki atau perempuan.
48.Adat Monoliduk ~ Perbuatan seorang lelaki atau perempuan iaitu mengintip seseorang yang sedang mandi atau sedang tidur di dalam bilik.
49.Modsongodou ~ Upacara mengaji dengan tujuan perubatan tradisional.

50.Popotogod ~ Membangkitkan kemarahan seseorang dengan cuba mengancam atau menyebut apa-apa perkataan yang tidak baik.
51.Adat Kotigagan ~ Seseorang yang terkejut kerana melihat mayat di rumah, di ladang atau di sawah.
52.Kawantayan ~ Seseorang yang mati di rumah orang yang adalah bukan saudara kadimnya. Saudara kadim si mati dikenakan membayar adat pendingin atau adat kawantayan.
53.Adat Keenggoritan ~ Adat pemulih seseorang yang amat ketakutan akibat perbuataan orang yang cuba mengancam dengan kayu, parang dan sebagainya.
54.Adat Lakat ~ Adat pendingin rumah yang ianya kematian seseorang yang adalah bukan saudara kadim.
55.Adat Kesulangan ~ Adat pemberian kepada bobolian kerana gangguan semasa upacara mengaji seperti momurineet.
56.Kotulud Sunduwan ~ Seseorang yang amat terkejut kerana melihat perbuatan seseorang yang cuba mengancam.
57.Ternakan ~ Babi, kambing, lembu dan kerbau.
58.Unggas ~ Ayam
59.Gayo Babut ~ Adat kepanasan kepada orang tua kerana perkahwinan dua pasangan di mana ada terdapat tali persaudaraan si lelaki adalah anak kemanakan dan si perempuan adalah cucu kepada orang tua tersebut.
60.Popiasa ~ seseorang membuat penyataan palsu bertujuan menfitnah.
61.Monginggorit ~ Memuji bayi atau anak kerana kegemukan atau kecantikan.
62.Rondot Kabang ~ Kesalahan akibat membuat penyataan palsu dengan tujuan menfitnah.
63.Magawor ~ Memasuki bilik tidur perempuan dengan tujuan hendak merogol.
64.Mengorindang ~ Perbuatan khianat bertujuan hendak meruntuhkan rumahtangga orang.
65.Koonsipan ~ Tersepit, perlanggaran adat dalam perkahwinan dua pasangan di mana terdapat tali persaudaraan diantara kedua-dua pihak.

66.Memulansung ~ Seseorang yang mahu mengahwini seseorang gadis secara paksa.
67.Poposumboh ~ Menyakitkan seseorang dengan cara menyuruh syaitan atau iblis.
68.Mipopol ~ Bersumpah dengan bertujuan menegakkan kebenaran.
69.Mongimuntang ~ Menyebut perkataan lucah dengan tujuan memalukan seseorang.
70.Ketulang ~ Bayaran ganti rugi mengikut adat.
71.Sinandangaan ~ Kerbau, gong, tinukul, sumbul, gadur dan salapa.
72.Adat Namatai ~ Sogit orang mati (Roh)

BAHAGIAN II
SERANGAN, HENTAMAN DAN KELAKUAN MENGANCAM

Menyebabkan kecederaan
4. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab yang munasabah menyebabkan kecederaan kepada mana–mana orang adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
I. Jika luka dan keluar darah

(a) Membayar 1 buah tinukul dan
(b) Membayar ‘sogit’ 1 ekor ayam besar dan
(c) Membayar ‘adat pulanut’ 1 bontuk dan
(d) Membayar ‘adat sompol’ 1 depa kain putih (balasu) dan
(e) Membayar belanja / kos perubatan
II. Jika kecederaan patah tulang di mana-mana bahagian tubuh

(a) Membayar ‘adat’ denda kecederaan 1 ekor kerbau indung dan
(b) Membayar ‘sogit’ 1 ekor ayam besar dan
(c) Membayar ‘adat sompol’ 1 depa kain putih (balasu) dan
(d) Membayar belanja / kos perubatan
III. Jika buta mata sebelah denda adat sama seperti denda adat di bahagian II

IV. Jika buta kedua-dua belah mata

(a) Membayar adat denda kehilangan mata 2 ekor kerbau indung dan
(b) membayar sogit 1 ekor ayam besar dan
(c) membayar adat pulanut
Ancaman
5. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab yang munasabah mengancam seseorang
dengan kematian, kecederaan, kepada tubuh atau kecederaan adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat ‘tiguras’ 1 ekor ayam besar dan

(b) Membayar adat ‘pulanut’ 1 bontuk dan

(c) Membayar adat denda 1 buah tinukul.

Bangitkan kemarahan
6. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab yang munasabah, melakukan apa-apa perbuatan dalam penglihatan mana-mana orang atau menyebut apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi dalam pendengaran mana-mana orang dengan sengaja berniat untuk membangkit kemarahan orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan :-
I. Jika cara menfitnah

(a) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan

(b) membayar adat “babas” 1 ekor ayam besar dan

(c) membayar adat “rondot kabang” 1 ekor babi atau kambing

II. Jika cara menyebut nama bapa/ibu yang sudah meninggal

(a) Membayar adat “korualan ginawo” 1 buah tinukul dan

(b) Membayar sogit namatai 1 ekor sapi / kerbau kiadi

III. Jika cara ancaman ( Moniguras)

(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam besar dan

(b) Membayar adat pulanut 1 bontuk

Menanamkan Ketakutan
7. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab yang munasabah melakukan apa-apa perbuatan dalam penglihatan mana-mana orang atau menyebut apa-apa perkataan dalam pendengaran mana-mana dengan sengaja berniat menanamkan ketakutan kepada orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul dan
(b) Membayar sogit 1 ekor ayam besar dan

(c ) Membayar adat pulanut 1 bontuk

BAHAGIAN III
KESALAHAN SEKSUAL

Perbuatan Sumbang Kadim
8. (1) Mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan yang diketahui olehnya sebagai cucu perempuan, anak perempuan, adik atau kakak perempuan, nenek atau emaknya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Sumbang Tagayo.
(2) Mana-mana perempuan yang berumur enam belas tahun atau lebih yang membenarkan seorang lelaki yang diketahui olehnya sebagai datuk, bapa, adik lelaki atau abang, anak lelaki atau cucu lelakinya melakukan persetubuhan dengannya keizinannya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Sumbang Tagayo.
(3) Dalam keadaan ini ‘adik atau kakak perempuan’ termasuk saudara perempuan seibu sebapa dan adik lelaki atau abang termasuk saudara lelaki seibu sebapa dan apa-apa ungkapan yang bermaksud perhubungan dua orang hendaklah terpakai walaupun perhubungan itu tidak dapat dikesan melalui nikah yang sah.
Lelaki:-
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau jantan besar kepada ketua adat dan

(b) Membayar adat sogit miukum 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul kepada ketua adat dan

(c) Menbayar adat pisukud kepada setiap pengadil (Ketua Kampung) 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

(d) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

(e) Membayar adat sogit kepanasan kampung-kampung yang berdekatan. Ketua Kampung yang menerima sogit akan ditentukan oleh Ketua Kampung.

Perempuan:-
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau betina (sumandak) kepada ketua adat dan

(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul.

Persetubuhan antara anak saudara
9.(1) Sesiapa jua pun yang melakukan persetubuhan haram dengan seorang yang
adalah saudaranya melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging adalah
melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung
dan boleh dikenakan:-

Lelaki:-
(a ) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau endung kepada Ketua Kampung atau
ketua adat dan
(b ) Membayar sogit miukum 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul.
(c) Membayar adat pisukud kepada setiap ketua kampung yang membicarakan kes 1 ekor babi besar dan 1 buah tinukul.
(d) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah
kepada ketua adat dan
(e ) Membayar sogit kepanasan kampung kepada kampung yang berdekatan 1 ekor
babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul.
( Kampung yang menerima adat sogit kampung ditentukan oleh Ketua Kampong ).
Perempuan:-
(f) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau sumandak.

(g ) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(2) Dalam kaedah ini, seseorang utu hendaklah disifatkan sebagai saudara melalui pertalian persaudaraan sedarah jika seorang itu termasuk dalam perhubungan kekariban yang ditetapkan dan disenaraikan dalam jadual 1

Persetubuhan Haram Di Antara Orang-orang Yang Belum Berkahwin
10. (1) Sesiapa jua pun yang melakukan persetubuhan haram denga mana-mana orang bukan suami isteri adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Miakan.

(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 tinukul dan
(b) Membayar adat kemaluan keluarga perempuan 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud 1 buah tinukul, 1 ekor ayam kepada setiap
pengadil
(2) Jika perempuan seorang anak dara dirogol:-
(a) Membayar “adat kepampangan sinuruton” 1 ekor ayam dara kepada si perempuan dan

(b) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan

(c) Membayar adat kemaluan ibubapa perempuan 1 kerbau

(3) Apa-apa pembayaran kepanasan kampung di bawah kaedah ini hendaklah diberi kepada Ketua Kampung yang akan mengagih penalti itu dengan kadar yang sama kepada semua setiap keluarga yang biasanya bermaustatin di kampung itu.

Persetubuhan Haram Di Ladang Atau Di Sawah
11. Sesiapa sahaja yang melakukan pelanggaran undang-undang adat suku kaum

Dusun Tobilung ‘Miakan-akan’ di ladang atau di sawah kepunyaan atau dalam
penghunian sah orang lain boleh dikenakan membayar kepada pemilik atau penghuni ladang atau sawah adat sogit
(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi besar dan

(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dan

(c) Membayar adat pisukud ketua kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam

BAHAGIAN IV
PERKAHWINAN, PERTUNANGAN DAN PIKATAN

Perkahwinan Di Antara Anak Saudara
12. (1) Mana-mana lelaki mengahwini seorang perempuan yang saudaranya melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging adalah melakukan pelanggaraan undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung.
(a) Membayar adat pitas 1 ekor ternakan dan adat pulanut 1 buah keris kiulu sawan, keris ini diberikan kepada orang lain yang tiada hubungan kekeluargaan yang berkahwin dan

(b) Membayar sogit kepanasan kampung kepada 7 kampung yang berdekatan, 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

(c) Membayar adat pisukud kepada pengadil, 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam dan

(d ) Membayar adat ‘Panggor Nginan’ dibayar kepada datuk, nenek perempuan
1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul.
(e ) Membayar adat kababaan tetuo 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul
dan
(f ) Membayar adat kababaan tomulok 1 ekor babi dan pulanut 1 bilah parang
dan
(g ) Membayar adat sogit perkahwinan 1 ekor babi besar dipotong di rumah
pengantin perempuan
(2) Dalam kaedah ini, seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai saudara melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging jika seseorang itu termasuk dalam perhubungan kekariban yang ditetapkan dan disenaraikan di dalam jaduaal II
Penamatan Pertunangan
13. (1) Sesiapa jua pun yang bertunang, menamatkan pertunangan itu tanpa sebab-sebab yang munasabah adalah melakukan pelanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
Pihak lelaki
(a) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau indung dan

(b) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan tidak dikembalikan.

Pihak perempuan
(a) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau sumandak dan

(b) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan dikembalikan kepada lelaki.

(2) Adat lapik pertunangan ini mestilah dibuat sempena majlis pertunangan, adat lapik ini adalah sebagai pengikat pertunangan dan mestilah dibuat sebagai satu perjanjian diantara si lelaki dan si perempuan yang bertunang.
(3) Jika berlaku penamatan pertunangan :-
(a) Jika pihak lelaki, maka pihak perempuan berhak mendapat adat lapik 1 ekor kerbau indung dan semua kos perbelanjaan pertunangan tidak dikembalikan.

(b) Jika pihak perempuan, maka pihak lelaki berhak mendapat adat lapik 1 ekor kerbau sumandak dan semua kos pertunangan mestilah dikembalikan kepada pihak lelaki.

Paksaan Untuk Berkahwin
14. Dalam kaedah ini, tiada seorang boleh dipaksa berkahwin sekiranya;-

(a) Pihak yang terkilan itu telah dibayar adat babas dan denda malu atau

(b) Kedua-dua pihak pertunangan itu saling bersetuju kepada penamatan pertunangan itu atau

(c) Pada pendapat pengadil-pengadil pertunangan itu telah terputus sehingga tidak dapat dipulihkan

Persetubuhan Haram Oleh Seorang Yang Bertunang
15. (1) Sesiapa jua pun yang bertunang, melakukan persetubuhan haram dengan mana-mana orang yang adalah bukan orang dia bertunang untuk berkahwin adalah melakukan pelanggaran adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-

(a) Lelaki – membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau indung kepada tunang perempuannya dan

(b) Membayar adat malu kepada ibubapa tunangnya 1 buah tinukul dan

(c) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan

(d) Perempuan – iaitu pasangan lelaki membuat pelanggaran membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau sumandak dibayar kepada tunang lelaki tersebut dan

(e) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah

parang

(f) Membayar adat pisukud Ketua Kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam
(3) Jika apa-apa perlanggaran di bawah ini mengakibatkan penamatan mana-mana pertunangan, orang yang melakukan perlanggaran boleh dikenakan:-
Jika Lelaki
(a) Membayar adat lapik tunang 1 ekor kerbau indung dan

(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan

(c) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan tidak dikembalikan dan

(d) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau indung

Jika Perempuan
(a) Membayar adat lapik tunang 1 ekor kerbau sumandak

(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan

(c) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan mesti dikembalikan kepada tunang lelakinya dan

(d) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau sumandak

Persetubuhan Haram Dengan Tunang Orang Lain
16. (1) Seseiapa jua pun yang melakukan persetubuhan haram dengan tunang orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat istiadat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

Lelaki:-
(a) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau indung dibayar kepada tunang perempuannya dan

(b) Membayar adat malu kepada ibubapa lelaki 1 buah tinukul dan

(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan

(d) Perempuan – iaitu tunang lelaki membayar adat lapau tunang 1 ekor kerbau sumandak

(e) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang

(2) Jika apa-apa perlanggaran di bawah kaedah ini mengakibatkan dengan
penamatan pertunangan, orang yang melakukan perlanggaran boleh
dikenakan:-

Lelaki:-
(a) Membayar adat lapik pertunangan 1 ekor kerbau indung

(b) Membayar gantirugi kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan dan

(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan

(d) Membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau indung dan

(e) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

Perempuan:-
(a) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau sumandak kepada tunangnya dan

(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan pulanut 1 bilah parang

(c) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau sumandak

Memikat Tunang Orang Lain
17. (1) Sesiapa juapun yang memikat atau membawa pergi tunang orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau indung

(b ) Membayar adat malu kepada tunang perempuan 1 buah tinukul
(c ) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul
(2) Dalam kaedah ini, jika orang yang melakukan perlanggaran itu adalah seorang perempuan, dia dikenakan membayar:-

(a) Membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau sumandak

(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada tunang lelaki dan

(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan pulanut 1 bilah parang

Memikat Isteri Atau Suami Orang Lain
18. (1) Sesiapa jua pun yang memikat atau menbawa isteri orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau indung kepada si suami dan

(b) Membayar adat malu 1 buah gong kepada si suami dan

(c ) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(2) Perempuan si isteri dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau sumandak kepada suaminya

(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada suaminya
(b) Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan

(c) Membayar sogit anak-anak 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang jika ada.

Mengahwini Isteri Atau Suami Orang Lain
19. (1) Mana-mana lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang adalah seorang
isteri orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum
Dusun Tobilung - Solod
(2) Mana-mana perempuan yang mengahwini seorang lelaki yang adalah suami orang lain adalah melakukan perlanggaran adat suku Dusun Tobilung - Monolod
(3) Jika lelaki mengahwini isteri orang lain:-

(a) Membayar adat solod 1 ekor kerbau indung kepada si suami perempuan

(b) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau indung kepada si suami perempuan

(c) Membayar adat malu 1 buah gong kepada si suami perempuan

(d ) Membayar adat sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah
tinukul.
(4) Perempuan si isteri orang dikenakan:-

(a) Membayar adat lapik perkahwinan 1 ekor kerbau sumandak kepada suaminya

(b) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau sumandak kepada suaminya

(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada suaminya

(d ) Membayar adat kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(e ) Membayar sogit anak-anak 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang jika ada.
(5) Jika perempuan yang mengahwini suami orang lain boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau sumandak dan

(b) Membayar adat solod 1 ekor kerbau sumandak dan

(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan

(d) Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang

(6) Lelaki si suami orang:-

(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau indung dan

(b) Membayar adat lapik perkahwinan 1 ekor kerbau indung dan

(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada isterinya dan

(d) Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(e) Membayar sogit anak-anak 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang jika ada.

Perkahwinan Bigami Atau Poligami
20. Mana-mana lelaki yang telah berkahwin, berkahwin lagi dalam masa isterinya masih hidup adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Perkahwinan poligami mengikut adat.

1. Membayar “adat kosondian” kepada isteri sedia ada 1 buah gong dan

2. Membayar adat sogit anak-anak 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang

3. Menjelaskan semua tanggungan berian kepada isteri sedia ada, jika berian tersebut belum habis dijelaskan

(b) Perkahwinan poligami yang tidak mengikut adat:-

1. Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul dan

2. Membayar adat lapau 1 ekor kerbau indung kepada isterinya yang sedia ada dan

3. Membayar adat kosondian kepada isterinya yang sedia ada 1 buah gong dan

4. Semua tanggungan berian yang belum dijelaskan mesti dijelaskan dan

5. Membayar sogit anak-anak 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk tiap seorang

Memikat Anak Dara Orang Lain
21. Sesiapa jua pun yang memikat atau membawa pergi anak dara orang lain daripada orang tuanya atau penjaganya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a ) Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(a) Membayar adat malu ibubapa perempuan 1 buah gong

(b) Membayar adat kapampangan sinuruton 1 ekor ayam dara dan pulanut 1 bontuk dan

(c) Kalau tidak mahu berkahwin boleh dikenakan denda 1 buah gong. ( Dalam kaedah ini silelaki diarah untuk mengahwini anak dara tersebut, jika enggan boleh didenda 1 buah gong ).

Perkahwinan Sebelum Tamat Tempoh Berkabung
22. Sesiapa jua pun yang berkahwin sebelum tamat tempoh berkabung atau momuod bagi kematian seorang suami atau isteri adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit namatai 1 ekor babi dan

(b) Membayar adat lapau namatai 1 ekor kerbau indung bagi suami dan kerbau sumandak bagi isteri.

Berkahwin Sebelum Kakak
23. Sesiapa jua pun yang berkahwin sebelum kakak adalah melakukan pelanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung adat kotoliban dan boleh dikenakan membayar kepada kakak adat kotoliban 1 buah salapa atau barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut adat.

BAHAGIAN V
TANAH PERKUBURAN DAN KEMATIAN

Menggali Kubur
24. Sesiapa jua pun tanpa sebab-sebab yang munasabah atau tanpa izin daripada keluarga atau saudara kadim simati, menggali di atas kubur simati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 ekor kerbau kiadi dan

(b) Membayar gantirugi membaiki kuburan

Membakar Kubur Tanpa Sebab Munasabah
25. Sesiapa jua pun tanpa sebab-sebab yang munasabah membakar atau menyebabkan kebakaran mana-mana kubur adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar sogit 1 ekor kerbau dan

(b) Membayar kos membaiki kerosakan kuburan

Membakar Kubur Dengan Tidak Sengaja
26. Sesiapa jua pun yang dengan tidak sengaja membakar atau menyebabkan kebakaran mana-mana kubur adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar sogit 1 ekor kerbau

(b) Membayar kos membaiki kuburan

Kerosakan Kepada Kubur
27. Sesiapa jua pun yang melakukan apa-apa perbuatan atau meninggalkan suatu perbuatan yang merosakkan atau mungkin mengakibatkan kerosakan kepada mana-mana kubur disebabkan perbuatan atau peninggalan itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah gong dan

(b) Membayar adat sogit 1 ekor kerbau

Gangguan Kepada Kubur
28. Sesiapa jua pun yang memindah, mengubah, mencacat atau memotong mana-mana batu nisan atau mana-mana bahagiannya mana-mana tulisan pada nisan atau ukiran adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah gong dan

(b) Membayar kos sebenar gantirugi membaiki kerosakan kubur

Pengkebumian Di Tanah Perkuburan Yang Dirizabkan Untuk Kampung Lain
29. (1) Sesiapa jua pun tanpa sebab-sebab munasabah, mengkebumikan mayat di tanah perkuburan yang dirizab untuk kampong lain tanpa terlebih dahulu memdapat izin daripada Ketua kampong bagi kampong itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit korungkapan 1 ekor babi besar dan

(b ) Membayar denda adat 1 buah tinukul
(2) Apa-apa pembayaran sogit di bawah kaedah ini hendaklah diberikan kepada Ketua Kampung yang akan mengagihkan penalti itu dengan kadar yang sama kepada tiap-tiap keluarga yang biasanya bermastautin di kampong itu.
Pengkebumian Mayat Tanpa Izin
30. Sesiapa jua pun tanpa sebab-sebab munasabah atau keizinan keluarga atau saudara kadim simati mengkebumikan mayat adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan

(b )Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul
Kematian Di Rumah Orang Lain
31. Jika seseorang itu meninggal dunia di rumah kepunyaan atai dalam penghunian sah orang lain, bukan sanak saudara simati, maka keluarga atau saudara kadim simati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat kawantayan 1 buah tinukul dan

(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk

(c) Membayar adat lakat 1 buah mangkuk

Kematian Di Ladang atau Di Sawah
32. Jika seseorang itu meninggal dunia di ladang atau di sawah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain bukan sanak saudara simati, maka keluarga atau saudara kadim simati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar sogit kotigagan 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk dan

(b) Membayar kos adat pongimuaw atau RM 10.00 dan

(c) Membayar adat karawagan 1 buah tinukul.

BAHAGIAN VI
PERANGAI BURUK MELAMPAU, KELUCAHAN DAN KHIANAT

Serangan Lucah
33. Sesiapa jua pun,tanpa sebab-sebab yang munasabah menyentuh mana-mana bahagian tubuh mana-mana orang dengan apa jua cara atau alat dengan maksud hendak mencabul kehormatan orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a )Membayar adat malu 1 buah tinukul
(a) Kalau pegang susu si gadis denda 1 buah tinukul

(b) Kalau pegang susu wanita tua 1 buah gong

Pendedahan Lucah
34. Sesiapa jua pun yang dengan sengaja, secara terbuka dan lucah mendedahkan kemaluan atau mana-mana bahagiannya kepada mana-mana orang dengan maksud mencabul kehormatan orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a ) Membayar adat malu 1 buah tinukul
Perkataan Bunyi Atau Isyarat Lucah
35. Sesiapa jua pun yang menyebut apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi dalam pendengaran mana-mana orang atau membuat apa-apa isyarat dalam penglihatan mana-mana orang dengan sengaja berniat hendak menghina atau melukakan perasaan orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a ) Membayar adat malu 1 buah tinukul
Perkataan Atau Isyarat Memfitnah
36. Sesiapa jua pun yang menyebut apa-apa perkataan dalam pendengaran mana-mana orang dengan maksud hendak memfitnah, merendahkan, mengaibkan atau menyebabkan kekejian kepada orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat popiasa 1 buah gong

Menyebar Khabar Angin
37. Sesiapa jua pun yang membuat perkataan atau tuduhan palsu terhadap mana-mana orang dengan maksud hendak memfitnah orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk dan

(b ) Membayar adat malu 1 buah tinukul
Perpecahan Di Upacara
38. Sesiapa jua pun yang melakukan apa-apa perbuatan atau kelakuan dengan cara yang memecah atau menyebabkan perpecahan mana-mana upacara perkahwinan atau pertunangan, keramaian, kenduri atau apa-apa perayaan seumpama adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat ruol ginawo 1 buah gong dan

(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam besar dan adat pulanut 1 bontuk

Perpecahan Di Upacara Pengebumian Atau Sembahyang Mayat
39. Sesiapa jua pun yang melakukan apa-apa perbuatan atau kelakuan dengan cara memecah atau menyebabkan perpecahan mana-mana upacara pengkebumian atau sembahyang mayat atau apa-apa upacara seumpama adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat ruol ginawo 1 buah gong dan

(b ) Membayar adat sogit 1 ekor ayam besar dan adat pulanut 1 bontuk
Pencemaran Sumber Air
40. Sesiapa jua pun yang dengan sengaja atau pengetahuannya, mengadukan, mencemarkan atau mengotorkan mana-mana mata air kegunaan bersama, kolam air perkampungan atau sungai hingga menjadikannya kurang layak bagi maksud yang biasanya digunakan,adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar sogit 1 ekor babi besar dan pulanut 1 buah tinukul dan

(b) Membayar adat koyomutan 1 botol minyak kelapa dan 1 gengam kapas

(2) Apa-apa pembayaran sogit di bawah kaedah ini hendaklah diberikan kepada Ketua Kampung yang akan mengagihkkan penalti itu dengan kadar yang sama kepada tiap-tiap keluarga yang biasanya bermastautin di kampung itu.

Pencerobohan
41. Sesiapa jua pun yang tampa sebab-sebab munasabah, memasuki mana-mana rumah atau mana-mana bahagiannya kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobulung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam besar dan adat pulanut 1 bontuk dan

(b ) Membayar adat denda 1 buah tinukul.
Memasuki Bilik Tidur
42. Sesiapa jua pun yang tampa sebab-sebab munasabah atau izin daripada pemilik atau penghuni mana-mana bilik tidur, memasuki bilik tidur itu yang biasanya dihuni oleh orang ahli keluarga perempuan adalah melakukan perlanggaran undang- undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a ) Kalau bilik itu dihuni oleh perempuan bujang kena denda adat kemaluan 1
ekor kerbau sumandak.
(b ) Kalau bilik itu dihuni oleh suami isteri kena denda adat malu 1 ekor kerbau
indung.
(c ) Kaedah ini tidak terpakai terhadap ahli keluarga terdekat kepada perempuan
dimasuki bilik tidurnya.
Kerosakan Kepada Harta Alih
43. Sesiapa jua pun yang tampa sebab munasabah, melakukan apa-apa perbuatan yang merosakkan atau menyebabkan kerosakan kepada mana-mana harta alih kepunyaan orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk dan

(b) Membayar ganti rugi

Kecederaan Kepada Ternakan Atau Unggas
44. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah mencederakan, mencacatkan atau membunuh mana-mana ternakan atau unggas kepunyaan orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bentuk dan

(b) Kalau ternakan atau unggas itu mati, mesti diganti dangan ternakan yang sama besar dan begitu juga unggas

(c) Membayar adat wayud, kalau ternakan 1 ekor ternakan begitu juga unggas 1 ekor unggas.

Melempar Benda Ke Rumah
45. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah melempar atau melontar apa-apa benda ke rumah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit tiguras 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk dan

(b )Membayar denda adat 1 buah tinukul.
Menyumpah Dan Mengutuk
46. Sesiapa jua pun yang menyumpah atau menyebut suatu kutukan terhadap orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit keentulusan 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk dan

(b) Membayar adat denda 1 buah tinukul kepada yang terkilan.

Pagar
47. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah,memindah, mengubah, mencacat atau memotong mana-mana pagar atau mana-mana bahagiannya di atas mana-mana tanah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit raat ginawo 1 ekor ayam besar dan adat pulanut 1 bontuk dan

(b) Membaiki kerosakan pagar atau

(c) Membayar ganti rugi kos sebenar membaiki pagar atau

(d )Membayar adat denda 1 buah tinukul.
Tanggungan Terhadap Kerosakan Oleh Binatang
48. Mana-mana pemunya atau yang bertanggungjawab ke atas suatu binatang yang gagal untuk mengurung, menambat atau mengawal atau membiarkan binatang itu tersesat adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung, jika binatang itu menyebabkan kerosakan kepada apa-apa harta atau mana-mana bahagiannya kepunyaan orang lain dan boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat sogit ruol ginawo 1 ekor ayam besar dan adat pulanut 1 bontuk dan

(b) Membaiki apa-apa kerosakan atau

(c) Membayar gantirugi apa-apa kerosakan atau

(d) Membayar adat denda 1 buah tinukul

Menyebabkan Pencerobohan Kerana Menggangu Binatang
49. Sesiapa jua pun yang menggangu binatang kepunyaan orang lain atau menggangu apa-apa pagar, kurungan atau bangunan di dalam mana binatang itu dikurung yang menyebabkan atau membolehkan binatang itu menceroboh adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit raat ginawo 1 ekor ayam besar dan adat pulanut

(b) Membayar gantirugi kerosakan atau

(c) Membaiki kerosakan atau

(d ) Membayar adat denda 1 buah tinukul
Menebang Pokok
50. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah memotong, menebang, memindah atau memungut mana-mana pokok atau mana-mana bahagiannya di atas mana-mana tanah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:
(a) Membayar adat sogit raat ginawo 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk dan

(b) Apa-apa alat penebang pokok mesti diberi kepada yang terkilan atau

(c ) Membayar denda 1 buah tinukul
Gangguan Kepada Empangan Atau Tembok
51.(1) Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah atau kuasa yang lain, memindah, mengubah, mencacat atau memotong mana-mana empangan atau tembok yang dibina dan dipakai bersama penduduk-penduduk mana-mana kampung hingga menjadikan empangan atau tembok itu kurang layak bagi maksud yang biasanya digunakan adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit ruol ginawo 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah


Tinukul kepada Ketua Kampung

(2) Apa-apa pembayaran sogit di bawah kaedah ini hendaklah diberikan kepada Ketua Kampung yang akan mengagihkan penalti itu dengan kadar yang sama kepada ketua tiap-tiap keluarga yang biasanya bermastautin di kampung itu.
(3) Kaedah ini tidak terpakai kepada seseorang yang terikat untuk menyempurnakan waran atau dibuat pada menjalankan bidang kuasa yang diberikan di bawah enakmen ini atau mana-mana undang-undang yang bertulis lain.

Gangguan Kepada Petanda Harta
52. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah memindah, mengubah, mencacat atau memotong mana-mana tonduk, pagon atau alat-alat mengikut adapt yang lain di atas mana-mana harta atau mana-mana bahagiannya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit ruol ginawo 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk.

Mungkir Janji
53. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah enggan menunaikan suatu janji adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan bolah dikenakan:-
(a) Membayar adat koimanan 20 % ( dua puluh peratus ) daripada ianya suatu perjanjian.

(b) Membayar adat babas 1 ekor ayam.

BAHAGIAN VII
KELAHIRAN DAN PANTANG LARANG

Kelahiran
54. Mana-mana perempuan yang melahirkan bayi di rumah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit koyomutan 1 ekor ayam besar dan

(b) Membayar adat pekeras atau lakat 1 bilah parang

Perbuatan Dilarang Dalam Tempoh Momuod
55. Sesiapa jau pun yang tanpa sebab-sebab munasabah, berjalan di bawah pokok buahan atau memasuki kebun buah-buahan kepunyaan orang lain dalam tempoh momuod yang sedang dipatuhi apabila suami atau isterinya mati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan noleh dikenakan:-
(a ) Membayar kepada pemunya kebun 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk
Larangan Adat
56.(1) Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana larangan mengikut adat dalam tempoh atau keadaan yang orang itu dikehendaki untuk mematuhi di bawah adatnya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung:-
(a) Membayar adat kosulangan sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk

(b) Membayar apa-apa kos perbelanjaan mengadakan upacara ulangan

(2) Dalam kaedah ini, “larangan adat” ertinya suatu perbuatan atau aktibiti yang dilarang dibawah undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung sebagai tanda atau simbol penghormatan dan pemujaan mana-mana peristiwa atau kejadian yang dianggap bersifat ketuhanan dan suci di bawah adat suku kaum Dusun Tobilung:-
Masuk Rumah Selepas Pengkebumian
57. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah masuk ke rumah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain selepas sahaja menghadiri upacara pengkebumian adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit karawagan 1 ekor ayam dan adapt pulanut 1 bontuk.

BAHAGIAN VIII
PERUNTUKAN AM

Kuasa-Kuasa Sedia Ada Di Mahkamah
58. Tiada apa-apa jua dalam kaedah-kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan kuasa-kuasa sedia mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu mencegah ketidakadilan atau mencegah penyalahgunaan proses mahkamah dalam apa-apa kes yang melibatkan undang-undang adat anak negeri yang tidak nyata ditakluki di bawah kaedah-kaedah ini, tetapi yang diiktirafkan disebaliknya di bawah undang-undang adat anak negeri bagi masyarakat anak negeri di daerah di mana mahkamah itu ditubuhkan.

JADUAL 1
( KAEDAH 9 (3)

Pertalian persaudaraan sedarah sedaging bagi sumbang.
Maklumat mengenal perhubungan
1. Bapa dan menantu perempuan
2. Bapa dan anak angkat perempuan
3. Ibu dan menantu lelaki
4. Ibu dan anak tiri lelaki
5. Ibu dan anak angkat lelaki
6. Bapa saudara dan kemanakan perempuan
7. Bapa saudara dan kemanakan tiri perempuan
8. Emak saudara dan kemanakan lelaki
9. Emak saudara dan kemanakan tiri lelaki
10. Di antara saudara sepupu dan sepupu
11. Di antara saudara dua pupu dan saudara dua pupu
12. Di antara saudara tiga pupu dan saudara tiga pupu
13. Di antara abang atau adik tiri lelaki dan kakak atau adik tiri perempuan

PERLANGGARAN ADAT DALAM PERKAHWINAN

Perlanggaran ini biasanya dan lazimnya terus menjadi sebagai tambahan adat dalam perkahwinan suku kaum Dusun Tobilung.
PERLANGGARAN ADAT
1. Adat Kababaan Totuo
Sepasang suami isteri, kemudian adik atau abang kepada si suami berkahwin pula dengan dengan anak kemanakan isteri tadi. Si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan membayar adat kababaan totuo kepada suami, isteri tersebut kerana sebelumnya si isteri dan si suami sebagai iparnya dan abang atau adiknya menjadi mentuanya selepas berkahwin dengan anak kemanakan isteri tersebut.
Adatnya;
(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi dan

(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul, dibayar kepada suami isteri tersebut

2. Adat Kababaan Tomulok
Sepasang suami isteri, kemudian sepupu si isteri berkahwin pula dengan anak kemanakan si suami tadi, sepupu si isteri yang mahu berkahwin dikenakan membayar adat kababaan tomulok kepada suami isteri tersebut kerana sebelumnya sebagai ipar dan sepupu menjadi mentua selepas berkahwin dengan anak kemanakan si suami tersebut.
Adatnya;
(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi dan

(b) Membayar adat pulanut 1 bilah parang dibayar kepada suami isteri tersebut.

3. Adat Panggor Nginan
Seorang lelaki dengan anak kemanakannya tetapi sudah jauh berkahwin, maka orang tua yang terdapat didalam keluarga perempuan yang adalah sebagai pakcik si lelaki yang berkahwin dan sebagai datuk kepada si perempuan yang berkahwin, maka si lelaki yang berkahwin dikenakan membayar adat panggor nginan kepada orang tua tersebut.
Adatnya;
(a) Membayar adat sogit panggor nginan 1 ekor babi dan

(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada orang tua tersebut

4. Adat Gayo Babut
Seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang adalah sepupunya tetapi sudah jauh, si lelaki yang berkahwin dikenakan membayar adat gayo babut kepada orang yang berada didalam keluarga perempuan yang dia adalah pakcik kepada kedua-dua belah pihak yang berkahwin.
Adatnya;
(a) Membayar sogit 1 ekor ayam dan

(b) Membayar adat pulanut 1 bontuk dibayar kepada si pakcik tersebut.

( Pelaksanaan adapt ini sebaik-baiknya di rumah perempuan yang berkahwin, mengadakan majlis kecil makan dan minum )
5. Adat Kosulakan
Sepasang suami isteri, kemudian adik atau abang lelaki si isteri tadi, berkahwin pula dengan adik atau kakak perempuan si suami, maka si adik atau si abang isteri tadi yang berkahwin dikenakan adat kosulakan kepada suami isteri tersebut;-
Adatnya;
(a) Membayar adat sogit kosulakan 1 ekor babi dan

(b) Membayar adat pulanut 1 bilah parang dibayar kepada suami isteri tersebut.

6. Adat Kosugkuan
Sepasang suami isteri, kemudian adik atau abang si suami berkahwin pula dengan adik atau kakak si isteri, maka si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan adat kosugkuan kepada suami isteri tersebut. Dalam kaedah ini kedua-dua si suami dan si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan adat iaitu si suami dikenakan adat kosugkuan tomulok dan si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan adat kosugkuan totuo.
Adatnya;
6.1 Si suami dikenakan membayar adat kosugkuan tomulok kepada si adik atau si abangnya yang berkahwin
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam besar dan

(b) Membayar adat pulanut 1 bilah parang

6.2 Si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan membayar adat kosugkuan totuo kepada si suami tersebut:-
(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi besar dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat kogusaan 1 buah tinukul dan

(d) Membayar adat keeyaan tiwanon 1 buah tinukul, dibayar kepada mentuanya

7. Adat Kotingaan Tapi
Seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan yang adalah makciknya tetapi sudah jauh, maka si lelaki tersebut dikenakan adat kotingaan tapi kepada perempuan yang dikahwininya.
Adatnya;
a) Membayar adat sogit kotingaan tapi 1 ekor babi dan

b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul, dibayar kepada si perempuan yang
dikahwininya.

8. Adat Pitas
Seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan yang adalah bersaudara sedarah sedaging, maka si lelaki yang berkahwin dikenakan adat pitas.
Adatnya;
(a) Membayar adat sogit pitas 1 ekor ternakan dan
(b )Membayar adat pemitas 1 bilah keris kiulu sawan
( Hukuman adat pitas ini pada umumnya ialah ternakan babi, tetapi setelah diluluskan dalam permesyuaratan Ketua-Ketua Kampung dan Tokoh-Tokoh Adat pada 17hb Julai 2002 dan pada 11hb September 2002 di Balai Muhibbah Kg. Timbang, Kota Belud, maka adat pitas ini diberi ketetapan hukumannya dengan menggunakan istilah baru iaitu ‘ternakan’ yang mana bermaksud babi, sapi dan kerbau ).
9. Adat Pingnganak Wagu
Seorang lelaki yang sudah pernah berkahwin tetapi sudah bercerai atau kematian isteri, kemudian berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang belum pernah berkahwin, maka si lelaki tersebut dikenakan adat pingnganak wagu.

Adatnya;
(a) Membayar adat pingnganak wagu 1 buah gong atau 1 ekor kerbau indung dibayar kepada perempuan yang dikahwininya.

10. Adat Kosondian
Sesorang lelaki yang mempunyai isteri kemudian berkahwin lagi kepada seorang perempuan lain ( poligami ) kalau bahasa Dusun Tobilung ‘magapid’ maka silelaki dikenakan adat kosondian kepada isterinya yang sedia ada.
Adatnya;
(a) Membayar adat kosondian 1 buah gong atau 1 ekor kerbau indung.

11. Sumbang Soroi
Sepasang suami isteri, kemudian adik atau abang si suami berkahwin dengan anak tiri perempuan si suami tadi. Maka si adik atau si abang dikenakan adat sumbang soroi.
Adatnya;
(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada ketua adat dan

(b) Membayar adat panggor nginan 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada si suami tersebut dan

(c) Membayar adat panggor nginan 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada si isteri dan

(d) Membayar adat kebabaan totuo kepada si suami 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

(e) Membayar adat kebabaan tomulok kepada si isteri 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang.

(f) Membayar adat sogit kepanasan kampung yang berdekatan 1 ekor babi dan
adat pulanut 1 buah tinukul kepada setiap kampung dan
(g) Membayar adat pisukud Ketua Kampung yang membicarakan kes 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul, tiap seorang pengadil ( Ketua Kampung ).
Nota: 1.Semua pembayaran sogit mestilah kepada Ketua Kampung.
2.Dan kampung yang berdekatan yang menerima adat sogit kepanasan kampung ditentukan oleh Ketua Kampung.

12. Adat Koonsipan
Seorang lelaki yang bekahwin dengan seorang perempuan yang ada kaitan tali persaudaraan sedarah dan sedaging,maka si lelaki dikenakan adat keonsipan kepada orang-orang yang berada di dalam keluarga perempuan yang dia adalah pak cik atau mak cik kepada dua pasangan yang berkahwin.
Adatnya;
(a) Membayar adat sogit koensipan 1 ekor ayam besar dan

(b ) Membayar adat pulanut 1 bontuk
13. Adat Kowusung
Seorang lelaki yang bersetubuh dengan seorang perempuan yang mana si perempuan adalah sebagai mentuanya tetapi sudah jauh, maka si perempuan itu tadi dikenakan adat kowusung kepada lelaki tersebut.
Adatnya;
(a) Membayar adat kowusung 1 ekor babi dan

(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul, dibayar kepada si lelaki tersebut.

14. Adat Punso Tamalang
Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki, tetapi sudah bercerai atau pun kematian isteri, berkahwin lagi kepada seorang perempuan yang juga mempunyai anak perempuan, kemudian anak lelaki tersebut berkahwin pula kepada si anak perempuan itu tadi, maka si anak lelaki tersebut dikenakan adat sumbang punso tamalang.
Adatnya;
(a) Membayar adat sogit kapanasan kampung 1 ekor babi dan

(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada ketua kampung dan

(c) Membayar adat kebabaan totuo 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada bapanya dan

(d) Membayar adat kebabaan tomulok 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang kepada si ibu (isteri si bapa) dan

(e) Membayar adat panggor nginan kepada si bapa 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

(f) Membayar adat punggor nginan kepada si isteri si bapa 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

(g) Membayar adat sogit kampung kepada kampung yang berdekatan. ( Kampung yang menerima adat sogit kapanasan kampung adalah ditentukan oleh Ketua Kampung ).

PERLANGGARAN NORMA-NORMA HIDUP MANUSIA

Perbuatan Zina
1. Mana-mana lelaki dan perempuan yang tiada kaitan tali persaudaraan yang belum sah berkahwin membuat persetubuhan haram ( zina ) sehingga mengandung dan melahirkan anak adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-
1.1. Lelaki di arah mengahwini perempuan tersebut dan dikenakan adat;
(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan pulanut 1
buah tinukul.
(b )Membayar adat malu ibubapa perempuan 1 buah tinukul
(c) Membayar adat berian seperti biasa

(d) Membayar adat pisukud kepada Ketua Kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam.

1.2. Jika si lelaki tidak mahu mengahwini perempuan itu boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat nopung 1 buah panding dan 1 buah tinukul.
(b) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan pulanut 1
buah tinukul.
(c) Membayar adat malu kepada ibubapa perempuan 1 buah gong
(d) Diarah memberi belanja anak sehingga anak tersebut berumur 18 tahun.
(e) Membayar adat pisukud kepada Ketua Kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor
ayam.
Perbuatan Sumbang
2. Mana-mana bapa yang melakukan persetubuhan haram ( zina ) dengan anak kandungnya sehingga mengandung dan melahirkan anak adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung ( sumbang ) 2 ekor kerbau iaitu 1
ekor kerbau jantan sibapa dan 1 ekor kerbau betina sianak.
(b) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan pulanut 1

buah tinukul kepada ketua adat.
(c ) Membayar adat sogit kepanasan kampung kepada 7 buah kampung yang
berdekatan 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul setiap kampung.
(d) Membayar adat pisukud kepada ketua-ketua adat ( Ketua Kampung )
yang membicarakan kes itu 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul tiap seorang ketua adat ( Ketua Kampung ).
(e) Membayar adat pemutus hubungan bapa kandung dan anak kandung
( kopitongkiyadan mimaleeng ) 1 buah gong ( tawag ) kepada si isteri atau pun ibubapa si isteri.
(e) Sekiranya sibapa mempunyai isteri dikenakan membayar adat lapau 2 ekor
kerbau indung kepada si isteri iaitu 1 ekor lapau sibapa dan 1 ekor lapau si anak.

(g) Tidak boleh berkahwin dan dipisahkan ke tempat kampung yang berlainan.
Nota: 1. Pada masa perbicaraan kes ini, mesti memotong ( monobok ) 1 ekor babi
sebagai sogit bicara dan pulanut 1 buah tinukul dikendalikan oleh ketua adat:-
2. Tidak boleh menjalankan perbicaraan sebelum memotong ( monobok ) babi.
3. Kampung yang menerima sogit kepanasan kampung akan ditentukan oleh
Ketua Kampung.
4. Adat sogit sumbang 2 ekor kerbau itu tidak dimakan, hanya dibunuh dan
dipotong-potong hingga bercampur aduk dengan tanah. Kerbau itu adalah
sebagai ganti orang sumbang tersebut.
Lapau Namatai
3. Sesiapa jua lelaki atau perempuan setelah kematian isteri atau suami, kemudian
berkahwin lagi sebelum memberi adat todung adalah melakukan perlanggaran adapt istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat todung 1 bilah parang.
(b) Membayar adat lapau namatai 1 ekor kerbau kepada ibubapa simati.

Nota:- 1. Todung adalah adat cerai namatai.
2. Namatai adalah roh orang mati.
3. Adat todung ialah 1 bilah parang.

Hubungan Sejenis
4. Sesiapa jua lelaki yang didapati melakukan hubungan sejenis ( mibusul ) dan perempuan yang didapati melakukan hubungan sejenis ( milokop) adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan pulanut 1 buah
tinukul dibayar kepada ketua adat.
(b) Membayar adat sumbang kampung 1 ekor kerbau dibayar kepada Ketua
Kampung untuk dipotong dan dimakan beramai-ramai.

Perbuatan Mencabul ( Magawor )
5. Sesiapa jua yang didapati menyelesup masuk ke bilik tidur seseorang perempuan baik melalui pintu ataupun tingkap dengan tujuan mahu mencabul atau merogol (magawor ) perempuan tersebut adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat keenggoritan 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk
(b) Membayar adat malu kepada ibubapa perempuan 1 buah tinukul.

Perbuatan Membunuh
6. Sesiapa jua yang didapati membunuh dengan sengaja dan mengakibatkan kematian adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat bangun asangkayu 30 sinandangan kepada keluarga simati.

Perbuatan Sabit Membunuh
7. Sesiapa jua yang didapati ada kaitan dengan kematian seseorang atas tuduhan
membunuh dan disabitkan dengan kesalahan membunuh dengan tidak sengaja adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat bangun asalapak 15 sinandangan kepada keluarga simati.

Perbuatan Membunuh Dengan Tidak Sengaja
8. Sesiapa jua yang didapati terlibat dengan kematian seseorang yang disebabkan
perbuatan seseorang yang tidak sengaja adalah melakukan perlanggaran adat istiadat dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat kombit bangun sonsol 2 sinandangan.

Nota:- 1. Setiap adat sinandangan mesti didahului atau dikepalai dengan 1 ekor kerbau

dan 1 buah gong barulah diikuti dengan adat sinandangan lain-lain seperti
tajau, tinukul, sumbul, gadur dan salapa.
2. Kaedah 6, 7 dan 8 sebenarnya adalah kes jenayah dan seterusnya diserahkan
kepada pihak Polis, kecuali kes ringkas yang dikembalikan oleh pihak Polis
kepada Mahkamah Anak Negeri atau Ketua Kampung untuk tindakan
selanjutnya.
Perbuatan Membunuh Ternakan Dan Binatang Peliharaan
9. Sesiapa jua yang didapati membunuh apa-apa ternakan seperti kerbau, sapi, kuda, babi dan sebagainya atau binatang peliharaan seperti anjing, kucing, ayam, itik dan sebagainya yang kepunyaan orang lain dengan tidak ada sebab munasabah adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk.
(b ) Membayar gantirugi kepada pemunya ternakan.
(c) Membayar adat wayud sama besar atau nilai ternakan yang dibunuh.
Kecederaan Yang Disebabkan Oleh Binatang Ternakan
10. Mana-mana binatang ternakan atau peliharaan milikan orang yang telah
mengakibatkan kecederaan kepada orang lain maka pemilik binatang ternakan atau peliharaan itu adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk.
(b) Membayar kos perbelanjaan dan kos perubatan.

Perbuatan Bersetubuh Dengan Ternakan
11. Sesiapa jua yang didapati bersetubuh dengan binatang ternakan seperti kerbau,
sapi, kuda, anjing dan sebagainya adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Sekiranya yang melanggar adat istiadat adalah lelaki yang beristeri atau
perempuan yang bersuami dikenakan membayar adat malu kepada si isteri
atau si suami 1 gong dan sogit 1 ekor ayam besar dan pulanut 1 bontuk.
(b) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan 1 buah tinukul
kepada ketua adat.

(c ) Membayar sogit kepanasan kampung kepada kampung-kampung yang
berdekatan 1 ekor babi besar dan pulanut 1 buah tinukul.
(d ) Membayar adat pisukud kepada ketua adat yang membicarakan kes 2 ekor
ayam besar dan pulanut 1 bilah parang.

SINOPSIS PERKAHWINAN SUKU KAUM TOBILUNG

Pergaulan
Pada zaman silam, pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin adalah dilarang keras. Sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan denda adat atau ‘sogit’. Jika berkesempatan bertemu di majlis-majlis keramaian, para muda-mudi akan menjaga tatatertib masing-masing. Anak-anak gadis akan menyembunyikan diri di dalam bilik sekiranya ada pemuda datang berkunjung ke rumahnya. Ini adalah untuk mengelakkan dari dipandang serong oleh jiran-jiran tetangga.
Dalam pemilihan jodoh pula, ibubapalah yang bertanggungjawab untuk menentukan jodoh dan teman hidup bagi anak-anaknya. Pada kebiasaannya anak-anak muda akan dinilai dari segi kerajinan, kemahiran berburu dan budi pekertinya disamping ketampanan rupa parasnya. Manakala bagi anak-anak gadis pula, orang-orang tua menilainya dari segi kerajinan, kemahiran membuat kerja-kerja rumah seperti menumbuk padi, menjaga anak kecil dan memasak, budi pekertinya dan rupa paras ayng cantik juga diambil kira sebelum dipinang untuk dijadikan isteri dan menantu. Pada masa itu, adalah sangat memalukan bagi ibubapa jika tapak tangan anak gadisnya halus kerana ini menandakan anak mereka seorang yang pemalas. Gadis seperti ini jodohnya agak lambat pada masa itu kerana yang menjadi rebutan ialah si gadis ‘sumandak’ yang tapak tangannya kasar dan berkematu ‘kilampanit’ kerana menandakan ia seorang yang amat rajin dalam kerja-kerja rumah.
Namun begitu, segalanya sudah berubah mengikut peredaran masa dan modenesasi zaman. Seperti kaum-kaum yang lain, kaum Tobilung juga mengalami banyak perubahan sosial hidup dan budaya. Dizaman kemajuan dan era laf baru ini ibubapa lebih bersikap terbuka dalam segala hal kepada anak-anak. Mereka sudah memahami erti pergaulan dan yang lebih penting mereka sudah memberi keizinan kepada anak-anak perempuan untuk bersaing dengan lelaki dalam segala bidang. Tidak hairanlah jika pada masa ini ramai anak-anak perempuan yang berjaya mendapat pendidikan yang tinggi dan menjawat jawatan yang baik dalam kerajaan ataupun swasta. Malah dalam pemilihan teman hidup sekali pun, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ibubapa hari ini telah menyerahkan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menentukan jodoh dan teman hidup masing-masing.
Perkahwinan
Perkahwinan adalah ikatan di antara lelaki dan perempuan sebagai suami-isteri yang sah mengikut adat. Berikut adalah penerangan tentang adat istiadat perkahwinan dalam suku kaum Tobilung.
Merisik
Sebelum seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan terlebih dahlulu membuat risikan. Merisik bererti ingin mengetahui kedudukan si perempuan yang ingin dikahwini itu sama ada masih bujang atau disebaliknya. Disamping itu untuk mengenali budi pekerti seseorang perempuan yang bakal dijadikan sebagai teman hidup.

Kaedah Merisik
Apabila membuat risikan, pihak lelaki terlebih dahulu melantik seorang perisik yang digelar ‘bantaran’ untuk menjalankan tanggungjawab merisik seterusnya menjadi perantaraan antara pihak lelaki dan pihak perempuan. Bantaran mestilah seorang yang mahir dalam adat istiadat, jujur dan ikhlas. Tugas bantaran ialah bermula semasa merisik seterusnya penghantaran ‘sinsing’, perantaraan menentukan tarikh upacara pertunangan, perantaraan semasa bicara adat ( mirayat ) berian ‘nopung’ dan sehinggalah selesai upacara perkahwinan. Bantaran adalah sebagai perhubungan dan penyampai maklumat di antara pihak lelaki dan pihak perempuan yang mahu berkahwin.
Kaedah Meninsing / Menunang
Selepas merisik dan mengetahui bahawa si perempuan yang dirisik masih bujang maka bantaran bagi pihak lelaki akan menghantar sebentuk sinsing kepada keluarga pihak perempuan sama ada menerima pinangan lelaki atau tidak. Sinsing yang dihantar itu akan dikembalikan oleh keluarga perempuan melalui bantaran dengan kadar yang segera. Jika pihak perempuan menerima pinangan maka keluarga perempuan akan berpesan kepada bantaran agar pihak lelaki datang meminang pada masa yang ditetapkan seterusnya upacara pertunangan dijalankan serta mengatur bicara adat berian dan menetapkan tarikh perkahwinan.
Majlis Pertunangan
1) Upacara pertunangan

2) Bicara mengatur berian ‘nopung’

3) Menetapkan majlis perkahwinan

4) Menjatuhkan adat lapik ( taklik ) pertunangan oleh Ketua Kampung

5) Jamuan makan dan minum

6) Majlis akan dihadiri oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan serta saudara mara.

Hantaran Menunang
1) Cincin emas

2) Kain pakaian

3) Wang dan sebagainya

Berian ‘Nopung’
Pada kebiasaannya selepas sahaja upacara pertunangan dijalankan maka kedua-dua pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan akan berpakat untuk mengatur berian ‘nopung’ yang akan dikendalikan oleh Ketua Kampung pihak perempuan. Di peringkat inilah bantaran yang dipilih memainkan peranan besar dan rumit kerana akan menjadi penghubung dan penyampai maklumat kepada pihak lelaki dan pihak perempuan berhubung dengan persetujuan tentang bayaran berian ‘nopung’ yang diminta dan ditetapkan oleh pihak perempuan.
1) Panding bertutup kumanis

2) Sabpa bertutup gong

3) Sabpa bertutup gong

4) Luping besar ( tajau ) bertutup tinukul

5) Kerbau 1 ekor

6) Tinukul ( Sinawing )

7) Rampanau ( tajau keci mempunyai telinga ) sebagai niodop

Dizaman dahulu semua berian ‘nopung’ yang digunakan sebagai hantaran perkahwinan dalam masyarakat Tobilung adalah dalam bentuk ‘dapu’ atau harta seperti gong dan tempayan. Walau bagaimana pun dizaman moden ini semua bentuk hantaran itu boleh ditukar dalam bentuk wang yang senilai dengannya.
Majlis Perkahwinan
1) Perarakan kedatangan pihak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan diiringi dengan paluan gong ‘pongigalan’ dan tarian ‘mongigol’ sebagai tanda sambutan kedatangan pengantin lelaki dan rombongan. Pengantin lelaki akan diapit oleh dua orang pemuda yang dipanggil ‘magat’.

2) Upacara momulu sigar / monurud tokobuk pengantin lelaki.

3) Upacara miilang.

4) Upacara lapik perkahwinan ( taklik ) oleh Ketua Kampung sebagai tanda perkahwinan yang sah mengikut adat istiadat suku kaum Tobilung.

5) Jamuan makan dan minum.

6) Dihadiri oleh keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan, sanak saudara dan orang ramai.

Pakaian Pengantin Lelaki
1) Seluar panjang hitam

2) Baju sinupakan
3) Tanjak ‘sigar’

4) Selindang ‘musala’

5) Tali pinggang ‘sinabala’

6) Pedang ‘keris’

Pakaian Pengantin Perempuan
1) Sarung ‘tapi linongkitan’

2) Baju ‘sinurangga linongkitan’

3) Tudung ‘sunduk linongkitan dan mempunyai giring’

4) Selindang ‘sinabala’

5) Karo

6) Binolit

7) Lungkaki

SINOPSIS PERCERAIAN DALAM ADAT ISTIADAT
SUKU KAUM TOBILUNG

Perceraian adalah proses perpisahan antara suami isteri mengikut adat. Adat istiadat suku kaum Tobilung adalah melarang perceraian suami isteri tanpa sebab-sebab yang munasabah. Walau bagaimana pun perceraian tidak dapat dielakkan bagi menyelesaikan kes suami isteri yang menemui jalan buntu untuk berdamai atau berbaik daripada suatu sengketa, pergaduhan dan tidak ada persefahaman antara suami isteri. Perceraian kerapkali berlaku bukan sahaja kepada mereka yang masih muda, malahan kepada mereka yang sudah lanjut usia. Dalam hal ini, hukum adat ada peruntukan adat dalam perkara berikut.
1. Proses Perceraian Berlaku Apabila;
1) Perbuatan curang

2) Tidak hormat menghormati

3) Kuat bergaduh

4) Kuat minum arak dan malas bekerja

5) Suami kahwin lagi ( poligami )

6) Kuat cemburu buta

7) Suami meninggalkan isteri atau sebaliknya

8) Tidak ada kerukunan rumahtangga dan tiada tanggungjawab sebagai suami-isteri

2. Peruntukan Adat
A. Pihak Lelaki
Jika lelaki menceraikan isterinya tanpa sebab yang munasabah selain daripada belanja anak, haruslah menjelaskan semua berian jika belum dilunaskan dan akan dikenakan membayar adat cerai 1 ekor kerbau sumandak kepada isteri yang dicerai.
B. Pihak Perempuan
Jika si isteri menceraikan suaminya tanpa sebab yang munasabah maka akan dekenakan membayar adat cerai 1 ekor kerbau indung kepada suami yang dicerai.
3. Proses Perceraian

1) Kes suami isteri dibicarakan

2) Keputusan / Hukuman

3) Sijil / Surat Cerai dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri.

4. Pembahagian Harta Apabila Bercerai
Ada dua jenis harta yang berkaitan dengan harta perkahwinan.
1) Harta sendiri baik suami mahupun isteri yang dibawa dari keluarga masing-masing dalam rumahtangga suami isteri.

2) Harta sepencarian yang diperolehi bersama semasa suami isteri.

Perbedaan kedua jenis harta perkahwinan ini adalah penting untuk pembahagian harta benda jika berlaku perceraian antara suami isteri. Lazimnya jika berlaku perceraian maka harta perkahwinan mestilah dibahagikan mengikut kaedah berikut.
1) Harta sendiri baik suami atau isteri hendaklah dipegang atau diambil masing-masing.

2) Harta yang diperolehi melalui pencarian bersama hendaklah dibahagi dua.

5. Kedudukan Anak Apabila Bercerai
1) Anak yang masih dibawah umur atau masih menyusu mestilah di bawah jagaan ibu.

2) Anak yang berumur 16 tahun ke atas diberi pilihan sama ada mengikut bapa atau ibu. Keputusan di tangan anak.

6. Perbelanjaan Anak Apabila Bercerai
Mengenai dengan perbelanjaan anak-anak apabila berlaku perceraian sama ada melalui muafakat atau tidak maka si bapa adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi belanja bulanan mengikut persetujuan atau pertimbangan ketua adat tetapi tidak kurang RM 10.00 sebulan.

PENGENALAN BULAN ( NAMA BULAN ) / PENGARUH BULAN

1. Minsisilau

2. Minsisilau

3. Minsisilau

4. Wulan Sada

5. Sikulab

6. Gogor

7. Giuk

8. Katang Sumilau

9. Sumobul

10. Tuniyan

11. Timpun Bosur

12. Kolimpupuson Bosur

13. Tontolu

14. Tawang

15. Tolikud

16. Tontong

17. Rampagas

18. Limbas

19. Molot

20. Koompuson

21. Katang Tumonob

22. Giuk Tumonob

23. Kolintabason

24. Wulan Kopiyo

25. Mintotonob

26. Mintotonob

27. Mintotonob

28. Mintotonob

29. Mintotono

30. Piromutan

PANTANG LARANG DALAM PERKAHWINAN
Pantang larang dalam perkahwinan yang bermaksud perkara-perkara yang boleh membatalkan perkahwinan. Pantang larang yang boleh membatalkan perkahwinan ada 3 perkara iaitu:-
1) Kopiyoon ( alamat tidak baik )

2) Raat Tinipi ( mimpi buruk )

3) Okosupan

Tafsiran Pantang Larang
1) Kopiyoon

Dalam perjalanan pengantin lelaki menuju ( pergi ) ke rumah pengantin perempuan tiba-tiba ditengah jalan rombongan mendengar bunyi burung yang dipanggil ‘mongontik’ dalam bahasa Tobbilung atau berjumpa dengan binatang seperti kijang dan rusa maka perjalanan rombongan tersebut terpaksa dibatalkan atau berpatah balik. Tetapi salah seorang wakil rombongan pengantin lelaki harus menyampaikan perkara tersebut kepada pihak perempuan.
2) Raat Tinipi

Dalam menunggu tarikh untuk melansungkan perkahwinan, tiba-tiba salah satu pihak yang berkahwin itu bermimpi buruk seperti mimpi kahwin, memotong kerbau dan apa-apa mimpi yang mendatangkan keraguan atau tidak diingini maka perkahwinan tersebut terpaksa akan ditangguhkan atau dibatalkan jika pihak yang bermimpi itu merasakan sesuatu yang tidak sedap hati ‘arawog ginawo’.
3) Okosupan

Dalam menunggu tarikh untuk melansungkan perkahwinan, tiba-tiba berlaku kematian sama ada di pihak keluarga lelaki atau perempuan maka perkara ini harus disampaikan kepada pihak sebelah untuk menimbangkan perkara yang harus dilakukan sama ada membatalkan atau menangguhkan perkahwinan tersebut.
Nota:
1. Walau bagaimana pun ada adat yang boleh mengimbang atau dipercayai penolak bala tersebut iaitu sogit jika ada berlaku seperti salah satu perkara pantang larang tersebut.
2. Pantang larang tersebut jika tidak dipatuhi maka adalah dipercayai suami isteri akan mengalami kuat sakit dan pendek umur ( mati ). Dan kadang-kala ibubapa suami isteri juga akan mengalami kuat sakit dan pendek umur ( mati ).

3. Oleh itu si lelaki yang mahu berkahwin dikenakan membayar adat sogit
kepada pihak perempuan
Adatnya:- 1 ekor babi besar dan 1 buah tinukul.
Peringatan
Walau pun ada adat seperti yang tertera di atas tidak semestinya terpakai. Sekiranya ada perasaan was-was dan syak wasangka yang timbul maka terpulanglah kepada penerimaan kedua-dua belah pihak, tidak ada paksaan untuk menerima adat tersebut kerana balanya amat berat. Sekiranya perkahwinan terpaksa dibatalkan berpunca dari pantang larang tersebut maka tiada pendakwaan boleh dibuat.
Pantang Larang Masa Menghantar Sinsing
Sekiranya sinsing terjatuh semasa dalam perjalanan atau ‘papatayid’ maka penghantar sinsing ( bantaran ) tersebut mesti terlucut dengan sendirinya dan diganti dengan orang lain.
Bantaran yang cuai sehingga menyebabkan sinsing terjatuh maka boleh dikenakan adat sogit 1 ekor ayam besar dan pulanut dibayar kepada pihak lelaki.

PANTANG LARANG ORANG YANG BARU BERKAHWIN
1. Tidak boleh terkena hujan sebelum makan adat panansab, kerana jika terkena hujan dipercayai jika sudah mempunyai anak maka anak tersebut akan terkena penyakit kudis ‘gandas’.Adat panansab ialah:-
a) Umbut pisang

b) Umbut rotan soworingan

c) Umbut rukatan

ADAT ISTIADAT SETELAH MEMPEROLEHI ANAK
1. Mengadakan upacara makan sireh ‘popoingat’ setelah umur anak itu genap 7 hari dan pada masa yang sama memberi nama kepada si anak tersebut. Semasa upacara ini majlis makan dan minum juga akan disediakan mengikut kemampuan.
2. Mengadakan upacara mengaji ‘monggorimpun’ setelah umur anak itu genap 30 hari ( 1 bulan ). Upacara ini dikendalikan oleh ‘bobolian’.
KEPERLUAN MENGADAKAN UPACARA MENGAJI ‘MONGORIMPUN’
a) 1 ekor ayam jantan

b) 1 bilah parang rapo

c) 1 buah tinukul

d) 1 buah gendang

e) 1 batang buluh ‘tinungkabar’

1. Upacara ini dikendalikan oleh bobolian
2. Upacara ‘mongorimpun’ dijalankan dengan dua cara iaitu pertama, cara palapayan
dan kedua, cara popiyoson.
3. Pekeras mengaji ‘mongorimpun’ cara palapayan sebanyak 80 sen
4. Pekeras mengaji ‘mongorimpun’ cara popiyoson sebanyak 50 sen

Tafsiran;
a) Mongorimpun - mengembalikan semangat seseorang

b) Palapayan - cara berlagu dan cakap biasa

c) Popiyoson - cara berteriak dan cakap biasa

ADAT BERLADANG
a) Mangagang - menebas, menanda

b) Madsalud - mengaji

c) Momodsu tonomon - memandikan bibit padi

d) Mangarantas - menghilangkan penyakit padi

e) Monimbu-timbu - memberi makan semangat padi

f) Timimpuun - memulakan mengetam padi

g) Mamaagi - membahagikan hasil padi kepada orang halus

SEJARAH PENGLIBATAN SUKU KAUM TOBILUNG
DALAM MAHKAMAH ANAK NEGERI
DAERAH KOTA BELUD.

1. NC. AMPAU BUMBUNGAN -
Kampung Dudar/Timbang
2. KAN ABAR GUMPAI - 1997 HINGGA 1998
Kampung Taburon
3. KAN SAGINDEK KULINDOD - 1998
Kampung Dudar
4. WKAN GINSOS MODSONGIR -1985 HINGGA 1987
Kampung Timbang
5. WKAN SUNDANG NC AMPAU - 1987 HINGGA 1994
Kampung Timbang
6. WKAN DUNGKONG ANGKAT - 1985 HINGGA 1994
Kampung Sarang
7. WKAN WAIK JUMIN - 1987 HINGGA 1994
Kampung Taburon
8. WKAN MALAWIT PADSOK - 1994
Kampung Taburon

KETUA-KETUA KAMPUNG SUKU KAUM TOBILUNG
YANG DILANTIK SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH

1. OT. GUMPAI MASUNDOL - 1957 HINGGA 1983
Kampung Taburon
2. OT. GUNTARAK LANDIO -
Kampung Dudar
3. OT. JANJI KALINGAI -
Kampung Sarang
4. OT. GATOK GANALAN -
Kampung Kukut
5. OT. SAMBADI RIBANON -
Kampung Timbang

AHLI JAWATANKUASA PENYUSUNAN BUKU
ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG

PENAUNG : ENCIK MUJI NC AMPAU
PENASIHAT : ENCIK ABAR OT. GUMPAI
PENGERUSI : KAN SAGINDEK KULINDOD @ ESMAIL
TIM. PENGERUSI : KK. SUNGKIT HJ. BATUNG
SETIAUSAHA : ENCIK JOHN SIMPUL
AHLI JAWATANKUASA:
1. WKAN MALAWIT PADSOK
2. KK. RUMANGON WADITON
3. KK. MATANDING MAKADALI
4. KK. SAIT MALIGKAM
5. KK. TINGKOLOM DOMPIRON
6. KK. ANGGUN RIPOU
7. KK. MATABI GUMPOK
8. KK. GINSOS KONDOKOI
9. KK. JULIZAH TINGGALANG
10. KK. MADSIKOH SAMBION
11. KK. SANING TUPILAN
12. KK. GAMPAWI BAR
13. KK. GUSTI BANTASAN
14. KK. MENATEO KUMINKING
15. KK. DUMPIL UMUL
16. KK. PEMINTANG MODON
17. KK. LINSUN DURAIM
18. MANTAN WKAN GINSOS MODSONGIR
19. MANTAN WKAN WAIK JUMIN
20. MANTAN WKAN DUNGKONG ANGKAT
21. MANTAN KK. DALISOH TAMUNDOG
22. MANTAN KK. HJ. BATUNG MUKUS @ HJ. SALLEH
23. MANTAN KK. MARIKU DOMPIRON
24. MANTAN KK. MALONG BONTOL
25. ENCIK SAMBILAN LAKANTING
26. ENCIK GUNTARAK MAJUAN
27. ENCIK DAMIT DARIMBONG
28. ENCIK HJ. BIDAR HJ. JANJI
29. ENCIK MULUK MARANGGANG
30. ENCIK BAKAR GUMANG
31. ENCIK PALALON KIAMBAD
32. ENCIK GUNTAMAS TABURAN
33. PUAN LAMIAN GUNGGURUPA
34. PUAN KIMO GUNGGURUPA

SENARAI HARTA / NILAI HARTA
BIL
JENIS
NILAI MAKSIMUM
NILAI MINIMUM
1
KERBAU INDUNG
RM 1,000.00
RM 700.00
2
KERBAU SUMANDAK
RM 800.00
RM 500.00
3
LEMBU INDUNG
RM 900.00
RM 600.00
4
LEMBU SUMABDAK
RM 700.00
RM 400.00
5
PANDING
RM 700.00
RM 400.00
6
KUMANIS
RM 700.00
RM 400.00
7
GONG ‘TAWAG’
RM 600.00
RM 300.00
8
TAJAU ‘SABPA’
RM 500.00
RM 200.00
9
TINUKUL
RM 250.00
RM 100.00
10
BABI BESAR
RM 350.00
RM 150.00
11
KAMBING BESAR
RM 250.00
RM 100.00
12
TAJAU KECIL ‘NIODOP’
RM 150.00
RM 80.00
13
SUMBUL
RM 150.00
RM 80.00
14
GADUR
RM 100.00
RM 50.00
15
SALAPA
RM 80.00
RM 30.00
16
POGINGGATAN
RM 50.00
RM 20.00
17
PARANG ‘GULUK’
RM 40.00
RM 15.00
18
AYAM
RM 20.00
RM 10.00
19
BONTUK
RM 5.00
RM 2.00

Nota:- Nilai tersebut adalah maksimum dan minimum apabila menghukum mestilah
dengan pertimbangan yang minimum atau sebaliknya, hukuman berdasarkan
fakta kes.


PENGERUSI PENYUSUNAN BUKU UNDANG-UNDANG
ADAT ISTIADAT SUKU KAUM DUSUN TOBILUNG : KAN SAGINDEK @ ESMAIL KULINDOD

PENGERUSI BIRO ADAT ISTIADAT TOBISA : EN. ABAR OT. GUMPAI

PRESIDEN
PERSATUAN TOBILUNG
BERSATU SABAH ( TOBISA ) : YBHGA EN. MUJI NC AMPAU

. : adat tetap adat, anda abuse/menghina adat/ atau apa sahaja komen yang memburukkan adat suku TOBILUNG, anda bertanggungjawab terhadap kenyataan anda : .



***** KOWUSUNG KABO'D MEMELEENG*****


YAPPON'S PAGE